Sunday, December 19, 2010

EPF & Unit Amanah ???

Share 1 comments
Salam hormat buat semua, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tajuk artikel kali nih pelik sedikit, apakah maksud dan cerita yang ingin di sampaikan?? Sebenarnya terlalu banyak persoalan, ulasan, komen dan 1001 mengenai Pelaburan Unit Amanah melalui EPF.... BW tak pasti tajuk mana yang sesuai...hehehe

Para pembaca boleh fikir sendiri pro dan kontra pelaburan unit amanah melalui kwsp ini dengan sedikit penerangan di bawah, pertama sekali jom sama-sama kita tengok keratan akhbar utusan pada 19/10/2007 yang bertajuk :

Miskin selepas pencen -- Dengan purata caruman RM114,000 pesara belanja RM475 sebulan

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000. Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Klik untuk artikel penuh >>>

Pandangan saya ialah, kita patut sedar dari sekarang, adakah tabungan kita mencukupi pada tempoh persaraan nanti? adakah tabungan kita mampu mengatasi inflasi? sekiranya jawapannya TIDAK, maka rebutlah peluang sekiranya anda layak untuk melabur menggunakan EPF demi mengandakan tabungan persaraan anda. Untuk pengetahuan pembaca semua, skim pelaburan unit amanah menggunakan simpanan kwsp telah lama diperkenalkan iaitu semenjak tahun 1996 lagi dan ramai yang mendapat manfaat darinya..

Adakah anda mahu jadi seperti di dalam kenyataan dibawah :

Berikutan kesedaran tinggi ahli mengenai ketidakcukupan pendapatan persaraan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam laporan prestasi suku tahun kedua 2010 (S2 2010) mencatatkan lebih ramai ahli memilih untuk tidak mengeluarkan semua wang simpanan mereka sekaligus sebaliknya memilih bayaran ansuran apabila mencapai umur 55 tahun.......

“Peningkatan Pengeluaran Fleksibel 55 Tahun ini disebabkan kesedaran ahli yang lebih tinggi mengenai kesan ke atas persaraan jika tidak mempunyai kewangan yang mencukupi sepertimana pengeluaran sekaligus yang boleh mengakibatkan simpanan dihabiskan dalam tempoh yang singkat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol. Klik untuk artikel penuh >>>>

Kedua, kita tengok sedikit perbandingan pulangan, BW mengambil contoh pulangan bagi dana PIEF (Public Islamic Equity Fund) dan EPF dari tahun 2004 sehingga terkini.
Klik untuk gambar lebih jelas
Sila lihat pada bahagian pulangan pengagihan (PIEF) & kadar dividen KWSP dan lihat juga di bawah jadual dividen tahunan kwsp


Ini menunjukkan bahawa pulangan hasil pelaburan dari unit amanah tidak kurang hebatnya, sumber-sumber ini bukan rekaan dan ianya fakta yang betul. Sekiranya pelaburan unit amanah memberikan risiko kerugian yang tinggi kepada pelabur atau sentiasa kerugian, masakan kerajaan menggalakkannya?

Ketiga, kemungkinan kwsp akan mengurangkan kadar dividen tahun hadapan juga ada, seperti yang dapat kita lihat di sini :

Klik untuk gambar lebih jelas

Kesimpulan yang dapat BW lihat ialah kita perlu merebut dan mengambil peluang pelaburan unit amanah melalui kwsp sebagai pelaburan tambahan atau sebagai dana persaraan kedua selepas kwsp sendiri, bahkan semakin ramai juga yang sedar akan kebaikkan pelaburan ini :


Pengeluaran Pelaburan KWSP Catat Pertumbuhan Ketara Pada S1 2010 
Peningkatan Didorong Oleh Pemulihan Ekonomi

Prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada suku tahun pertama 2010 telah mendorong ramai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan persaraan mereka bagi dilaburkan  dalam saham amanah.

Amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli pada suku pertama 2010 (S1 2010) meningkat 43.26 peratus kepada RM911.15 juta (S4 2009: RM896.66 juta) berbanding RM636.01 juta yang dikeluarkan pada suku tahun yang sama pada 2009. Jumlah permohonan yang diluluskan di bawah pengeluaran ini meningkat kepada 113,809 (S4 2009: 114,375) daripada 87,420 dalam tempoh yang sama tahun lalu.  Klik untuk artikel penuh >>>>

Ayuh, jangan tunggu lagi, mulakan langkah pertama hari ini...

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Share 0 comments

Kepada semua rakan, peminat, pembaca blog BW..saya mengambil kesempatan ini bagi untuk mendoakan anda semua semoga sentiasa berada di bawah rahmah Allah, diberkati Allah serta selamat di dunia & akhirat ...InsyaAllah...Amin

EID ADHA MUBARAK  !!!!


Sunday, November 7, 2010

Public Mutual Umumkan Pengagihan Pendapatan Berjumlah Lebih RM236 Juta Untuk 9 Dana

Share 0 comments
Salam hormat buat semua pembaca, BW terlepas pandang satu artikelpenting pada 31 Oktober baru-baru ni, mungkin kerana agak kesibukan jadi BW tak perasan artikel yang di terima dari syarikat masuk ke dalam email....artikel yang BW maksudkan adalah pengagihan pendapatan bagi 9 dana..so hari ni, BW tempelkan di sini untuk tatapan dan bagi membakar semangat pembaca untuk terus menyimpan dan melabur...jangan lupa yang anda boleh klik like, share dan maklumkan kepada sesiapa sahaja ye...Terima Kasih


Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk sembilan daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar dan pecahan unit yang diumumkan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2010 adalah seperti berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata dana-dana ini telah mencapai prestasi yang baik dan menghasilkan pulangan satu tahun yang menarik bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.
Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Oktober 2010, Public Dana Industry, Public Dana Equity, Public Dana South-East Asia Select dan Public Dana Sector Select telah menghasilkan pulangan dua digit bagi tempoh satu tahun iaitu 12.67%, 20.06%, 21.97% dan 31.34% masing-masing bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.
 
Pada masa yang sama, Public Dana Asia Ittikal dan Public Dana Islamic Asia Balanced telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 4.51% dan 3.30% masing-masing bagi tempoh yang sama. Sementara itu, PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 9.89% dan 6.32% masing-masing bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.
 
Public Dana Islamic Bond yang merupakan sebuah dana yang telah memenangi banyak anugerah, telah menghasilkan pulangan satu tahun yang baik, iaitu sebanyak 7.59% bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010. Dana ini telah memenangi sebanyak 16 anugerah dana dalam kategorinya daripada Anugerah Dana Islam Failaka (Dubai), Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper, Anugerah Dana Morningstar (Malaysia) dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s.
 
Kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 80 dana. Public Mutual mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 30 September 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM39.3 bilion.

BW : Makin hari jumlah pemegang akaun semakin bertambah dan para pembaca BW...anda bila lagi?


Friday, October 29, 2010

Pemurataan Kos Ringgit

Share 0 comments
Assalamualaikum & Salam hormat dari BW untuk semua pengunjung setia, silent reader dan follower BW...Alhamdulillah...sebelum bulan Oktober ini berlalu pergi...BW terfikir untuk berkongsi satu lagi maklumat kepada anda semua...kali ini...ia berkenaan kelebihan teknik Pemurataan Kos Ringgit ...semoga pembaca mendapat manfaat darinya & jangan lupa untuk hubungi BW sekiranya sudah bersedia untuk melabur :)


“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran saham.”
– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor”

Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit. Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan sejarah yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang dan melindung nilai kesan kemerosotan dan sedikit aliran menurun dalam jangka pendek.

Pemurataan Kos Ringgit merupakan satu teknik pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu (misalnya, unit amanah) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan harga unitnya. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk memindahkan RM500 hingga RM1,000 daripada gaji anda kepada dana unit amanah ataupun anda boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan matlamat masa depan anda.

Bagaimana Pemurataan Kos Ringgit Berfungsi

“Simpan sedikit simpan selalu – pemurataan kos ringgit berkesan jika anda terus menggunakannya.”
– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.

Untuk menjelaskan pemurataan kos ringgit secara mudah, katakan anda mahu menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung persaraan anda. Daripada melaburkan jumlah ini sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda mengambil keputusan untuk melaburkan sebanyak RM1,000 dalam dana unit amanah setiap bulan seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut:


Keputusan

Kos Purata Seunit RM0.1923
Harga Unit pada Disember RM0.2510
Nilai Pelaburan pada Disember RM15,664.48

Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari.

Strategi Pelaburan Jangka Panjang

“Disiplin adalah kunci kejayaan untuk pelabur jangka panjang. Dia tidak boleh jatuh ke dalam perangkap menguruskan pemegangannya berpandukan tajuk berita akhbar, petikan, ramalan tanpa menggunakan fikiran, gerak hati atau keputusan tempoh yang lepas.”
– Frank Armstrong, pengarang “The Informed Investor.”

Walau berapa pun jumlah wang yang dilaburkan, pemurataan kos ringgit adalah strategi jangka panjang. Meskipun pasaran kewangan cenderung untuk turun naik, namun ia selalunya bergerak dalam arah yang sama dalam tempoh masa yang agak panjang. Pasaran turun dan pasaran naik boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, bahkan adakalanya bertahun-tahun. Disebabkan arah aliran ini, pemurataan kos ringgit tidak akan cukup berkesan jika digunakan untuk jangka pendek sahaja.

Sebagai contohnya, pelabur mungkin memilih untuk membuat 10 pembelian dana unit amanah dalam sebulan. Walaupun kemungkinan besar harga belian unit tidak akan sama bagi setiap urus niaga dalam tempoh masa yang pendek itu, namun perbezaannya tidaklah besar.

Namun begitu, dalam tempoh kitaran pasaran yang lebih panjang, anda mungkin akan menempuh pasaran naik dan pasaran turun, dengan harga sekuriti tertentu mengalami perubahan yang besar. Pemurataan kos ringgit akan menolong memastikan kos purata seunit anda mewakili kedua-dua premium pasaran naik dan diskaun pasaran turun, berbanding dengan hanya premium yang biasanya dibayar oleh pelabur dalam pasaran naik.



Petua untuk Anda Bermula

“Mereka yang menyertai program pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang apabila mereka bersara daripada mereka yang tidak menyertainya langsung.”
- Penulis kewangan Australia, Noel Whittaker.

Banyak dana unit amanah membenarkan anda mula melabur dalam jumlah minimum dengan pilihan untuk membuat caruman lagi melalui potongan tetap daripada gaji atau akaun bank anda.
Jika anda berminat dengan pemurataan kos ringgit, berikut ialah beberapa petua untuk menolong anda menjadikan strategi ini bermanfaat kepada anda:

  • Bermula secepat mungkin. Semakin lama anda perlu mengharungi turun naik pasaran, semakin banyak peluang yang anda ada untuk membina akaun yang besar.
  • Terus menggunakannya. Pemurataan kos ringgit adalah strategi jangka panjang. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan dan disiplin untuk melabur secara berterusan dalam segala jenis pasaran, tanpa menghiraukan turun naik harga.
  • Ambil kesempatan ke atas potongan automatik. Caruman pelaburan secara potongan gaji atau potongan akaun bank anda merupakan kaedah yang mudah dan senang untuk melabur, dan boleh menolong anda menanamkan tabiat melabur secara tetap.
  • Bersedia menghadapi kerugian. Pemurataan kos ringgit tidak menjamin bahawa portfolio anda sentiasa untung sahaja dan tiada kerugian. Walaupun anda membayar kos purata yang lebih rendah daripada harga purata unit, anda masih boleh mengalami kerugian jika anda memilih masa yang tidak sesuai untuk keluar dari pasaran, terutamanya ketika harga rendah.

Membina kekayaan dengan melabur dalam unit amanah adalah lebih kepada soal kesabaran dan kegigihan daripada soal kemahiran pelaburan dan nasib. Keputusan besar yang mesti dibuat ialah sama ada anda sanggup melepaskan kepuasan serta-merta untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda. Jika anda sanggup, maka pemurataan kos ringgit boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk menolong anda mencapai matlamat anda itu.

Saturday, October 16, 2010

Jadi Tamak Ketika Orang Lain Takut

Share 1 comments
Salam hormat buat semua pengunjung BW, akhir-akhir ni, BW tidak berkesempatan sangat untuk menulis entri atau info-info mengenai Unit Amanah....namun sekejap tadi...semasa tengah belek-belek koleksi artikel lama di dalam PC...BW ternampak satu artikel ini yang BW rasa boleh di kongsi bersama pengunjung dan pembaca setia BW...Semoga ianya memberi manfaat ilmu InsyaAllah....


Be greedy when others are fearful, Be Fearful when others are greedy


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang artikel dari NYTimes yang bertajuk "Buy American. I am" . Walaupun keadaan pasaran sekarang turun dan tidak menentu, Buffet terus membeli saham disamping beliau memiliki bon kerajaan US. Malah beliau menggalakkan rakyat Amerika membeli saham ketika ini! Sejarah membuktikan bahawa kebanyakkan syarikat akan mencatatkan keuntungan yang signifikan dalam masa 5, 10 atau 20 tahun lagi.

Mengapa Buffet memberi cadangan tersebut? Baginya mudah saja. Dia mengikut prinsip membeli saham iaitu " Jadilah tamak ketika orang lain takut, dan jadilah takut ketika orang lain tamak ". Kesilapan yang selalu dilakukan oleh kebanyakkan pelabur ialah mereka panik ketika pasaran merudum dan terus menjual saham-saham mereka. Buffet menasihatkan supaya pelabur bersabar dan memberi fokus bahawa pelaburan tersebut adalah untuk jangkamasa panjang. Pasaran jangka masa pendek amat susah untuk dijangka.

" I can't predict the short-term movements of the stock market. I haven't the faintest idea as to whether stocks will be higher or lower a months or a years from now. What is likely, however, is that the market will move higher, perhaps substantially so, well before either sentiment or the economy turns up. So if you wait for the robins, spring will be over"

Apabila keadaan pasaran pulih, harga unit amanah dan saham akan mula meningkat. Jadi, jangan pula kita sesal kemudian ..fikirkan dari sekarang..5 atau 10 tahun dari sekarang anda mahu memilih "I'm glad I've invested" atau  "I regret I've not invested"

Pilihan di tangan anda!

Buffet berkata lagi:

" Equities will almost certainly outperform cash over the next decade, probably by a substantial degree. Those investors who cling now to cash are betting they can efficiently time their move away from it later. Put your mouth where your money was. Today my money and my mouth both say equities."
Jangan berlengah lagi untuk memulakan simpanan dan pelaburan demi masa depan anda, apa yang anda rancang hari ini InsyaAllah akan banyak membantu anda di masa hadapan....


Friday, October 1, 2010

Grand Biz Opportunity Preview With Public Mutual

Share 1 comments
Grand Biz Opportunity Preview 
Public Mutual Kota Bharu Kelantan
8 October 2010, Jumaat, Jam 3.00 PM


Bagi yang berminat untuk menjadi Perunding Unit Amanah / Unit Trust Consultant
Sila Hubungi Saya Dengan Segera, Ada 10 tiket jemputan dari saya dan ianya percuma tq ....


Abdul Rahman (012-6535635)
Public Mutual Unit Trust Consultant

Lain-lain Maklumat lanjut, anda boleg ke PAGE ini atau Hubungi saya terus di talian atau dengan mengajukan pertanyaan melalui Hubungi Admin BW...


Saturday, September 25, 2010

UNIFLEX: Overdraft Collateral with Public Mutual Funds (OD-UT)

Share 3 comments
Salam hormat buat semua pembaca dan pengunjung BW....rasanya masih sempat untuk BW ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin sekiranya BW ada pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak....

Setelah lama bercuti panjang dan jadual terlampau ketat sehingga tiada masa untuk mengemaskini entri terbaru di blog ini...akhirnya hari ini...BW curi juga sedikit masa untuk berkongsi berita baik buat Pelabur Unit Amanah Public Mutual

Memandangkan OD-ASB dah dibekukan untuk individu baru-baru ni, mungkin OD-UT Public Mutual ni adalah pilihan baru selain OD-ASB. Jom kita tengok sikit apa syaratnya


UNIFLEX – Pledging of Units as Collateral

If you are a Public Mutual Unit Trust holder with cash investment (not applicable for investment from EPF account), you can pledge your funds as collateral to obtain Overdraft, Fixed Loan or a combination of both for your personal use.
For collateral with Overdraft, the details as below:
  • Maximum margin of financing (MOF) is 80% from current investment value (during submission)
  • Minimum OD amount is RM10,000 (after calculated the 80%)
    • e.g. Cash investment in PM fund = RM12,500
    • OD = RM10,000 (min OD amount)
  • Interest rate = BLR-1% (daily rest)
  • Switching to other PM fund is permitted
  • No monthly commitment fee
  • Required documents: IC, pay slip @ bank statement, UT fund statement.
  • Application to be submitted to Public Bank.
 So bagi yg belum melabur apa tunggu lagi....simpan jer dalam UT sebanyak RM 10000 dah boleh lepas buat overdraft atau uniflex....maklumat lanjut boleh hunbungi Public Bank berdekatan anda...

P/S : (tapi kalau nak melabur hubungi BW lah yer...heheheh)

Sunday, August 8, 2010

Public Mutual Umumkan Pengagihan Berjumlah Lebih RM 184 Juta Kepada Para Pelaburnya

Share 7 comments

 Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM 184 juta untuk lapan daripada dana-dananya. Syarikat itu juga mengumumkan pecahan unit untuk dua daripada dana tersebut. Pengagihan kasar dan pecahan unit yang diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2010:


Berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 26 Julai 2010, Public Dana Growth dan Public Dana Islamic Opportunities telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 18.10% dan 28.35% masing-masing bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Islamic Opportunities merupakan sebuah dana ekuiti Islam bermodal kecil yang memenangi anugerah, iaitu Anugerah Dana Islam Failaka 2009 bagi Dana Malaysia Terbaik, kategori 3 tahun.

Sementara itu, Public Dana Islamic Select Enterprises yang terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 13.57% bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Far-East Property & Resorts yang berfokus pelaburannya pada saham-saham hartanah, hotel dan tempat peranginan, serta amanah pelaburan hartanah (REITs) telah mengenerasikan pulangan satu tahun sebanyak 6.72%, satu prestasi yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya pada 1.38% bagi tempoh berakhir yang sama.

Bagi dana-dana bon pula, Public Dana Bond, Public Dana Islamic Select Bond dan Public Dana Islamic Income mencatatkan pulangan satu tahun sebanyak 7.67%, 6.18% dan 4.90% masing-masing bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Bond juga merupakan sebuah dana yang memenangi banyak anugerah, iaitu sebanyak 24 anugerah sehingga kini, sementara Public Dana Islamic Income pula adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.


PBB Dana MTN 1 merupakan sebuah dana borong bon tertutup. Dana tersebut yang dilancarkan pada bulan November tahun lepas bertujuan untuk memberi aliran pulangan pendapatan yang stabil dengan melabur dalam MTN subordinat yang diterbitkan oleh Public Bank Berhad.

Kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PBB Dana MTN 1 yang diedarkan melalui cawangancawangan Public Bank di seluruh negara.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 78 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 30 Jun 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM36.5 bilion.
 B.W :- Jangan bertangguh lagi untuk menyimpan dan melabur demi masa depan anda...




Monday, July 26, 2010

Kenapa Anda Rugi Di Dalam Pelaburan Unit Trust?

Share 1 comments
Salam Hormat buat semua pelawat, peminat dan "silent reader" BaizWealth...lama sudah BW tak menulis artikel kerana sibuk dengan kursus dan seminar yang di anjurkan oleh Public Mutual Kota Bharu....baru sekarang ni ada masa terluang
Jadi, artikel kali ini berkisar kepada bagaimana segelintir  pelabur boleh mengalami kerugian.... Asyik cerita pasal untung jer...sekali sekali kene cerita jugak kan cemana boleh menyebabkan seorang pelabur tuh rugi...betul tak? dari sini para pelabur atau bakal pelabur boleh belajar menangani dan mengatasinya :)

Jom kita tengok apakah sebab-sebabnya..



"0" Pengetahuan Tentang Unit Trust
Rata-rata saya jumpa langsung tak tahu apa tuh Unit Amanah, dengar pun tidak pernah....yang dia tahu simpan duit dalam bank jer dengan harapan duit akan beranak sakan bila mereka sudah tua dan bersara nanti...sebab itu lah...di BW saya akan cuba sedaya upaya memberikan maklumat sebaik mungkin mengenai Pelaburan Unit Amanah

Consultant Kedai Kopi
Ini yang paling letih dan lelah BW nak explain, pandai dia plak dari kita, bila tanya dapat mana fakta tuh? dia kata adalah sembang-sembang dengan member kat kedai kopi, member tuh la bagitau, tanya plak dia, member tuh sapa bagitau dia? dia jawab, member punya member punya member, berapa byk member daaaaa.....ini adalah kes yang paling teruk hingga boleh menjejaskan teruk pelaburan pelabur tersebut, sebagai contoh, BW bagitau client-client BW bahawa harga dana pittikal sekarang 0.79 sen, murah berbanding dulu iaitu sebelum di istiharkan dividen, namun katakan ada client cakap, "tak pe, member saya bagitau harga akan turun lagi sebab ekonomi tak berapa bagus" ...so BW diam jer lah, hasilnya, selepas sebulan setengah, harga melonjak naik sehingga 0.83 sen, mencatat kenaikan 5 sen, time tuh baru frust nongeng, hehehe....nak tunggu turun plak tak tahu bila, rugi masa sahaja, itu lah guna consultant, sekiranya kalau mendengar nasihat dari BW tadi, mungkin client tadi boleh meraih begitu banyak unit berbanding biasa dan pemurataan kos bagi pelaburannya....

Inginkan Pulangan Express

Pernah BW di offer oleh seorang pelabur yang ingin melabur sebanyak 200k tapi ingin kan pulangan secara bulanan...hurm..sah-sah tak faham konsep asas pelaburan unit amanah, iaitu pelaburan berjangka sederhana dan panjang, ini yg paling ramai nak, "Express Return" ada yang nak untung setiap tahun atau setiap 2 tahun, perlu di fahami bahawa unit amanah memerlukan jangkamasa paling kurang pun 3 atau 5 tahun untuk menampakkan hasilnya...

Mengandaikan Unit Trust Adalah Saham Cepat Kaya
Hasilnya ramai yang nak buat pelaburan short term (jangka pendek), kononnya beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi, hakikatnya Unit Amanah adalah pelaburan kolektif
yang mana duit-duit pelabur di kumpul untuk di laburkan oleh pengurus dana ke dalam saham-saham syarikat yg tersenarai di bursa saham dan dalam satu dana unit trust terdapat lebih dari satu saham syarikat, bahkan bukan semua ke bursa saham, ada juga di letakkan di dalam bon dan sekuriti hutang berjangka pendek. Satu hal lagi yang perlu di ambil kira, unit amanah lebih kepada pengumpulan unit dan bukan beli sewaktu harga rendah semata-mata, lebih banyak unit terkumpul, lebih banyak keuntungan hasil pengagihan tahunan yang akan di raih, lebih banyak unit yang anda ada, sampai satu tahap, beli harga tinggi dan jual ketika rendah pon masih menguntungkan dan itulah di panggil Capital Gain...kalau tak faham konsep nih, akhirnya jadilah Saham Cepat Kayap


Tidak Mengikut Perancangan Asal
Mulanya melabur untuk hari tua, baru setahun dua melabur, tetiba rase nak keluarkan duit hanya kerana nak beli henset terbaru, aduh, objektif asal langsung tak tercapai, sebenarnya, duit yang di laburkan dalam unit amanah adalah hasil lebihan wang simpanan yang kita tidak mahu usik kecuali berlaku kecemasan yang memaksa kita mengeluarkannya..sepatutnya pelabur tahu bahawa beli henset baru tuh adalah liabiliti, dan bukan aset yang boleh kita gunakan bila tua, kalau simpan jadi harta pusaka pon cucu cicit takkan mau punya, gerentiii hehehe

Perunding Hampeh
Ini pon satu hal...tak boleh salah kan pelabur semuanya, perunding pon kadang-kadang ada yang kaki auta, cerita return naik macam roket, faktor risiko, profail pelabur, jangkamasa, servis caj, kelebihan simpanan bulanan semua dia tak cerita, yang dia tahu profit return 30%, 100%, bila harga unit merudum derang angkat kaki cabut, tinggal client terkontang-kanting, last-last....perunding2 lain termasuk BW kene sergah tak pasal-pasal dek kerana Perunding Hampeh lain....pastikan perunding pelaburan anda tahu betul-betul mengenai unit amanah dan produk yang di tawarkan

Pelabur Mengalahkan Pengurus Dana
Ini pun satu hal juga, ada segelintir pelabur terlebih "terrer" dari perunding sendiri, tak salah sebenarnya pelabur lebih bagus, tapi kalau dah pandai baik jadi perunding unit amanah dan labur sendiri dan uruskan sendiri akaun, ini tak, semua dia kata tahu, bila pelaburan dia rugi dia tuding jari kat kita kata tak tahu urus akaun dia, tak ke naya perunding tuh, hehehe....walhal dia arahkan kita macam-macam dulu, pendapat kita takmo pakai...

Dah Berusia Baru Bermula

Pelabur ingin kan RM 1 juta pada umur 55 tapi sekarang sudah 50, bukan tak boleh, ianya tak mustahil, namun hakikatnya jumlah simpanan bulanan mungkin mencapai hampir 15k sebulan !!! Jadi, tahap kesedaran untuk melabur di awal usia tiada dan bila usia dah lanjut tergopoh - gapah nak keuntungan luar biasa...sepatutnya kenalah faham bagaimana "compound interest" berfungsi dan apa kelebihan melabur awal dari melabur ketika usia lewat...InsyaAllah akan BW karang artikel berkenaan Compound Interest Dan Keuntungan Melabur Awal di masa akan datang

Perunding Batu Api
Ini pon satu hal, kita rekemen sesuatu dana yang sesuai bagi client kita, alih-alih dari mana datang Perunding Batu Api nih menghasut dan mengutuk bahawa dana tersebut tak sesuai kepadanya hingga menyebabkan pelabur tergugat dan tidak ingin mendengar nasihat perunding sendiri, ini hampir sama dengan kes Consultant Kedai Kopi namun bezanya ini bukan dari orang awam biasa tapi dari perunding sendiri....lebih teruk kalau perunding tidak mengamalkan langsung etika sebagai seorang perunding unit amanah...tidak kira lah samada dari syarikat unit amanah yang sama atau dari syarikat unit amanah yang lain..






Inilah antara hakikat-hakikat yang kerap berlaku kepada setiap pelabur sekarang, risiko pelaburan tetap ada dan anda kena fahaminya betul-betul, sekiranya anda boleh faham risikonya dan tahu cara mengatasinya serta mendengar nasihat dan berkongsi pendapat dengan perunding anda, pasti kita akan lebih seronok di dalam proses melabur, ibarat kita bawa kereta lah, kalau asik takut risiko kemalangan jalan raya, sampai bila-bila pon kita tak dapat nikmati keseronokan bawak kereta tersebut...sekian ;)

Sunday, July 4, 2010

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 11 dana

Share 0 comments

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan
berjumlah lebih RM143 juta untuk sebelas daripada dana-dananya. Pengagihan
kasar yang diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan
berakhir pada 30 Jun 2010: 



Public Dana Far-East Consumer Themes   3.50 sen seunit
Public Dana Islamic Money Market   2.00 sen seunit
PB Dana Growth   8.00 sen seunit
PB Dana Asia Equity   2.00 sen seunit
PB Dana China ASEAN Equity   3.50 sen seunit
PB Dana Islamic Asia Equity   1.50 sen seunit
PB Dana Balanced   7.00 sen seunit
PB Dana Fixed Income   5.00 sen seunit
PB Dana Islamic Bond   5.00 sen seunit
PB Dana Cash Management   2.00 sen seunit
PB Dana Islamic Cash Management   1.90 sen seunit

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata bahawa Public
Dana Far-East Consumer Themes telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak
23.58% bagi tempoh berakhir 18 Jun 2010. (Sumber: Lipper, 22 Jun 2010)
Sementara itu, PB Dana Growth, PB Dana Asia Equity dan PB Dana China ASEAN
Equity telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 23.43%, 7.47% dan
18.34% masing-masing bagi tempoh berakhir 18 Jun 2010. PB Dana Growth yang
dilancarkan pada tahun 2002, merupakan sebuah dana yang banyak memenangi
anugerah, iaitu sebanyak tujuh anugerah dana dalam kategorinya daripada
Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia
The Star/Standard & Poor?s. Dalam tempoh yang sama, PB Dana Islamic Asia
Equity telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 11.56%.
PB Dana Balanced, yang dilancarkan pada tahun 1998, juga merupakan sebuah
dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu sebanyak tujuh belas anugerah dana
dalam kategorinya daripada Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper, Anugerah
Dana Morningstar (Malaysia) dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The
Star/Standard & Poor?s. Dana ini telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak
13.67% bagi tempoh berakhir 18 Jun 2010.


Pada masa yang sama, PB Dana Fixed Income dan PB Dana Islamic Bond telah
menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 9.26% dan 9.00% masing-masing. PB
Dana Islamic Bond adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Bagi dana-dana pasaran wang pula, Public Dana Islamic Money Market, PB Dana
Cash Management dan PB Dana Islamic Cash Management telah menghasilkan
pulangan satu tahun sebanyak 1.87%, 1.78% dan 1.69% masing-masing bagi
tempoh yang sama. Dana-dana pasaran wang memberi satu opsyen kepada pelaburpelabur
yang bersifat konservatif serta ingin melabur wang mereka pada jangka
pendek sebelum melabur atau menukar kepada dana-dana ekuiti, seimbang atau
bon. Public Dana Islamic Money Market dan PB Dana Cash Management adalah
terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Kesemua dana tersebut diedarkan oleh cawangan-cawangan Public Bank di seluruh
negara kecuali Public Dana Far-East Consumer Themes dan Public Dana Islamic
Money Market yang diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public
Mutual.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia
dengan menguruskan sebanyak 78 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih
2,320,000 pemegang akaun dan pada 31 Mei 2010, jumlah nilai aset bersih dana
yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM35.9 bilion.

Nota : PB series under Public Bank

Bagi Public Mutual ada 2 Dana iaitu :

Public Dana Far-East Consumer Themes   3.50 sen seunit
Public Dana Islamic Money Market   2.00 sen seunit

Tuesday, June 29, 2010

Halal Atau Haramkah Pelaburan Anda?

Share 3 comments
Assalamualaikum & Salam hormat kepada pengunjung BW...

Artikel BW kali ni maybe agak "panas" dan mungkin mendapat tentangan sesetengah pihak...namun di sebabkan begitu banyak persoalan dan pertanyaan dari client-client serta prospek- prospek BW dan kerap mereka membuat perbandingan, maka BW terpanggil untuk memberi penerangan dan pendapat peribadi dan bukan menentang mana-mana pihak....sehubungan itu BW tidak akan menyebut nama unit amanah yang terlibat, BW memohon penilaian sendiri dari pembaca.

Seperti yang sedia kita maklum, siapalah BW yang nak mengHARAM atau mengHALALkan sesuatu hukum pelaburan tersebut, ianya adalah kerja pihak berwajib, namun atas kapasiti sebagai seorang ISLAM dan sebagai Perunding Unit Amanah Islamik, adalah menjadi fardhu bagi BW mencari yang HALAL.

Dalam Hadis Rasulullah SAW juga menegaskan:

“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).


Antara persoalan yang paling kerap di kemukakan : 

"Bagaimana boleh terjadinya haram sesuatu pelaburan tersebut....? dan apa bezanya dengan Unit Amanah Islamik Public Mutual?"

Bagi menjawab persoalan ini, ada beberapa faktor boleh di ambil kira (setelah membuat rujukan dari beberapa ustaz dan laman web uzar) iaitu :


1- Modal yang di jamin tidak hilang :  

Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH  ULAMA EMPAT mazhab.  Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;
Kaedah Fiqh yang diambil dari Hadith menyebut : Al-Gunm Bi al-Gurmu (profit is by taking risk) Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko"

Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini (jaminan modal oleh si pengusaha atau jaminan untung atau kedua-daunya sekali) adalah sebenarnya pinjaman dengan riba (dalam bentuk untung dan modal yang dijamin, ia adalah sama dengan orang memberi pinjam duitnya kepada individu B, pada tempoh tertentu, modal mesti terjamin, untung juga terjamin).
Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram secara sepakat.
Tetapi Islam, menghalalkan jaminan modal yang datang dari pihak ketiga dan bukannya oleh si pengurus dana pelaburan itu. Kredit kepada uzar

 
2- Dana yang di kumpul di laburkan secara bercampur di dalam industri halal & haram

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33% industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram. 

Jikalau di ambil kira...ada unit amanah yang melaburkan dana tersebut lebih dari 33% bahkan hampir mencecah 40% di dalam kaunter-kaunter atau industri-industri pelaburan yang jelas haram...

Bila ada lebih kurang 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi S.A.W bersabda :-
 
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Untuk melihat jadual unit amanah atau senarai pelaburan yang patuh syariah dan di pantau oleh panel syariah yang berwibawa, BW serta kan link suruhanjaya sekuriti ini dan anda boleh lihat sendiri....sekiranya pelaburan anda sekarang tidak tersenarai di dalam list tersebut, maka faham-faham saje lah.... ( Senarai Dana Islamik = Patuh Syariah )


3-  Pinjaman secara konvensional untuk membeli unit amanah

Ada dua cara pinjaman tersebut di lakukan
      1.1 Dengan memohon sendiri melalui mana-mana perbankan konvensional
      1.2 Dengan memohon melalui bank panel yang di lantik untuk unit amanah tersebut (setakat ini ada 3 bank yang menyediakan khidmat sedemikian)

Sekiranya pelabur membuat pinjaman seperti ini, awal-awal lagi jelas dah haram kerana pinjaman secara konvensional jelas RIBA 

قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ
Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sahih )

Namun akhir-akhir ini ada juga yang menyediakan pinjaman secara islamik tapi tetap di laburkan di dalam dana yang tidak patuh syariah....bagi saya hasilnya tetap sama


Bezanya pula di dalam Unit Amanah Islamik Public Mutual

1- Modal tidak di jamin 

Bersesuaian dengan konsep pelaburan islamik iaitu "Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin" 

Dan sebagai Perunding Unit Amanah juga, saya kerap di ingatkan oleh Public Mutual supaya menceritakan juga risiko pelaburan dan bukan sekadar menceritakan keuntungan semata-mata

2- Dana yang di kumpulkan di laburkan berasingan antara halal & haram

Di dalam public mutual ada 2 pengurus dana yang berasingan bagi dana syariah dan konvensional. Selain itu setiap dana islamik public mutual telah di pantau oleh panel syariah suruhanjaya sekuriti (rujuk link ini) dan di iktiraf oleh IBFIM (institut kewangan & perbankan islam) 

Kesimpulannya, kita ada banyak alternatif pelaburan islam lain, kenapa mesti kita pilih yang was-was, ragu-ragu kalau-kalau anda kata tidak haram sekali pun...?

Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati 

Sekali lagi ingin BW maklumkan bahawa artikel ini tidak lah berniat untuk mencari publisiti, mengutuk atau menyakiti hati mana- mana pihak.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang baik itu dari kelemahan saya sendiri. 

Wassalam

Thursday, June 24, 2010

Kaedah Pelaburan Dalam Unit Amanah

Share 0 comments
Kali ni Baiz nak terangkan kaedah untuk melabur di dalam unit amanah public mutual nih...
Terdapat 3 cara untuk membuat pelaburan dalam Unit Trust ini iaitu :

   1. Lump sum
   2. Regular saving
   3. EPF (Account 1)

1. Lum sum

Lum sum bermaksud pelaburan sekali gus dalam 1 amount...RM1000, or RM10,000 or RM100,000 tanpa melakukan pertambahan modal atau membuat penambahan yang teramat jarang.

2. Regular Saving

Regular saving adalah bermaksud menyimpan secara bulanan melalui auto debit dari akaun bank. Ianya tidak terikat pada mana-mana syarat, bergantung pada kemampuan pelabur serendah min RM100 dengan tanpa ada tempoh matang/ikatan tertentu.

Melalui regular saving, pelabur boleh membuat pelaburan bertujuan samada untuk pendidikan anak, persaraan, simpanan, pelancongan, perkahwinan, membeli rumah atau sebagainya bergantung pada tujuan anda.

Kelebihan regular saving ialah anda akan membuat Dollar Cost Averaging (DCA) di mana setiap bulan NAV anda akan berada pada tahap purata dan ianya lebih menguntungkan.


3. EPF

Pelaburan melalui EPF perlu memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berikut :

    * Pengeluaran hanya dari account 1 sahaja.
    * Perlu ada jumlah baki yang mencukupi (Klik untuk jadual simpanan minimum EPF)
    * Boleh dikeluarkan setiap 3 bulan sekali selagi memenuhi syarat.
    * Minimum setiap pelaburan RM1000

Nota: Pelaburan unit trust adalah *medium to *long term. Namun berdasarkan rekod prestasi terdapat dana yang mencapai perolehan melebihi 40% untuk tahun pertama.

*medium term = 3 tahun ke 5 tahun
*long term = 5 tahun ke atas

Thursday, June 17, 2010

Adakah Saya Akan Kerugian Sekiranya Harga Dana Jatuh?

Share 1 comments
Itulah soalan yang sering di ajukan kepada saya oleh bakal pelabur atau prospek saya

Ada dua jawapan untuk soalan ini iaitu YA dan TIDAK

YA sekiranya pelabur menjual unit-unit yang ada ketika harga masih rendah dan ini di kira ACTUAL LOST

TIDAK Sekiranya pelabur tidak menjual unit-unit mereka pada masa harga merudum kerana ini di kira sebagai LOST ON PAPER. Bahkan, pelabur akan mendapat jumlah unit yang lebih sekiranya mereka menambah pelaburan mereka pada ketika harga merudum.


Seperti yang kita tahu....unit trust (unit amanah) lebih diberikan perhatian pada unit....maksudnya...wang yang kita laburkan akan di tukar kepada bentuk unit...Contohnya...pelabur yang melabur sebanyak RM 1000 (tidak termasuk caj pengurusan...kita abaikan dulu) pada harga RM 0.80 sen seunit (cth harga dana ittikal sekarang) akan mendapat 1250 unit. Jumlah unit ini adalah tetap dan tidak berubah-ubah dan yang berubah hanyalah harga unit tersebut...harga unit boleh berubah mengikut harga semasa pasaran saham....dan sekiranya berlaku penurunan harga unit dan pelabur tidak menjual unit-unit tersebut maka ianya tidak memberikan apa2 kesan dan kerugian kepada pelabur seperti yang saya beritahu tadi ia hanyalah LOST ON PAPER

Saya tunjukkan satu contoh senario kejatuhan harga sekiranya berlaku, katakan harga dana ittikal tadi jatuh kepada 0.75 sen seunit, dan katakan pelabur ingin juga menjual unitnya, maka dia hanya mendapat RM 937.50 sen sahaja (1250 unit x 0.75sen se unit) iaitu kerugian sebanyak RM 62.50 sen hampir 6.2 % ++ kerugian. Tetapi sekiranya pelabur tersebut bijak di dalam pelaburan dan membuat tambahan pelaburan sebanyak RM 1000 lagi, maka dia akan mendapat 1333.33 unit tambahan (RM 1000/ RM 0.75) sekitar 8% penambahan unit berbanding ketika dia melabur pada pertama kali iaitu pada harga 0.80 sen seunit

Dan katakan lah harga naik kepada 0.85 sen seunit maka keuntungan yang boleh di raih pelabur agak tinggi....cuba lihat kira-kira di bawah

Jumlah unit untuk pelaburan pertama = 1250 unit
Jumlah unit untuk pelaburan kedua = 1333 unit
Jumlah Total unit = 2583 unit available

2583 unit x 0.85 sen seunit = 2195.55 <------ RM 195.00 keuntungan setelah di tolak modal sebanyak RM 2000 ;)

Sebenarnya turun naik harga adalah perkara biasa di dalam pelaburan unit trust. Malahan ia juga sebenarnya merupakan kelebihan pelaburan ini kerana ia memberi peluang kepada para pelabur untuk membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi. Pelaburan unit trust juga tidaklah begitu berisiko seperti melabur secara terus di dalam pasaran saham dan harganya tidak akan jatuh secara drastik pada sesuatu masa. Ini kerana, di dalam sesebuah dana unit trust, harga unit merupakan harga purata bagi berpuluh-puluh harga saham. Jadi, harganya tidak akan turun mendadak kerana pada sesuatu masa. Ini kerana, walaupun ada saham yang harganya turun, ada juga saham yang harganya sedang naik.

Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan dan inginkan maklumat lanjut berkenaan pelaburan unit trust sila hubungi saya.

Wassalam....

Monday, June 14, 2010

Pencarum KWSP Boleh Beli Tabung Amanah Luar

Share 1 comments
KUALA LUMPUR 4 Jun - Tabung unit amanah yang mempunyai sehingga 30 peratus portfolio asing akan ditawarkan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai Ogos, untuk menawarkan lebih banyak pilihan pelaburan kepada mereka.

Mengehadkan mereka kepada portfolio tabung amanah tempatan sahaja, tanpa memberikan peluang kepada kepelbagaian antarabangsa dan potensi pertumbuhannya, akan menyekat keupayaan pencarum KWSP untuk meningkatkan keuntungan, kata Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) hari ini.

Bagaimanapun, hanya dana yang menepati kriteria penilaian prestasi yang ditetapkan untuk Skim Pelaburan Anggota KWSP (EPF-MIS) akan diluluskan, katanya.

Antara syarat-syaratnya ialah, dana itu mesti mempunyai rekod prestasi paling minimum selama tiga tahun, kata Presiden FIMM Tunku Datuk Ya'acob Tunku Tan Sri Abdullah kepada sidang media sebelum mesyuarat agung tahunan di sini hari ini.

Oleh itu, katanya, lebih 300 dana di bawah EPF-MIS sekarang akan menjalani proses penilaian dan senarai akhir akan diumumkan pada Ogos.

Beliau berkata, lima peratus daripadanya dijangka akan ditamatkan.

"Tabung yang tidak memberikan keuntungan setinggi tabung-tabung lain, serta tidak menepati lain-lain syarat akan digantung penjualannya di bawah EPF-MIS," katanya.

FIMM akan menilai semula semua dana setiap tahun iaitu pada setiap Januari.

Langkah ini, katanya adalah bertujuan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pencarum terhadap saham amanah, kata beliau.

Penilaian akan dijalankan berdasarkan data syarikat penyelidikan antarabangsa.

Beliau berkata, 25 peratus jualan unit amanah di Malaysia dilakukan melalui EPF-MIS dan mulai Disember tahun lepas, RM3.3 bilion telah dikeluarkan untuk tujuan pelaburan.

Tunku Ya'acob berkata, langkah yang serupa telah diambil oleh lain-lain tabung simpanan pekerja seperti Central Provident Fund (CPF) di Singapura. - Bernama

BW : Terlambat daaa nak post sini....hehehe....harap2 pasnih dana ittikal antara yang terpilih utk ahli kwsp melabur
 

testing blog Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template