Sunday, July 4, 2010

Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 11 dana

Share

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan
berjumlah lebih RM143 juta untuk sebelas daripada dana-dananya. Pengagihan
kasar yang diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan
berakhir pada 30 Jun 2010: 



Public Dana Far-East Consumer Themes   3.50 sen seunit
Public Dana Islamic Money Market   2.00 sen seunit
PB Dana Growth   8.00 sen seunit
PB Dana Asia Equity   2.00 sen seunit
PB Dana China ASEAN Equity   3.50 sen seunit
PB Dana Islamic Asia Equity   1.50 sen seunit
PB Dana Balanced   7.00 sen seunit
PB Dana Fixed Income   5.00 sen seunit
PB Dana Islamic Bond   5.00 sen seunit
PB Dana Cash Management   2.00 sen seunit
PB Dana Islamic Cash Management   1.90 sen seunit

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata bahawa Public
Dana Far-East Consumer Themes telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak
23.58% bagi tempoh berakhir 18 Jun 2010. (Sumber: Lipper, 22 Jun 2010)
Sementara itu, PB Dana Growth, PB Dana Asia Equity dan PB Dana China ASEAN
Equity telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 23.43%, 7.47% dan
18.34% masing-masing bagi tempoh berakhir 18 Jun 2010. PB Dana Growth yang
dilancarkan pada tahun 2002, merupakan sebuah dana yang banyak memenangi
anugerah, iaitu sebanyak tujuh anugerah dana dalam kategorinya daripada
Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia
The Star/Standard & Poor?s. Dalam tempoh yang sama, PB Dana Islamic Asia
Equity telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 11.56%.
PB Dana Balanced, yang dilancarkan pada tahun 1998, juga merupakan sebuah
dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu sebanyak tujuh belas anugerah dana
dalam kategorinya daripada Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper, Anugerah
Dana Morningstar (Malaysia) dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The
Star/Standard & Poor?s. Dana ini telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak
13.67% bagi tempoh berakhir 18 Jun 2010.


Pada masa yang sama, PB Dana Fixed Income dan PB Dana Islamic Bond telah
menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 9.26% dan 9.00% masing-masing. PB
Dana Islamic Bond adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Bagi dana-dana pasaran wang pula, Public Dana Islamic Money Market, PB Dana
Cash Management dan PB Dana Islamic Cash Management telah menghasilkan
pulangan satu tahun sebanyak 1.87%, 1.78% dan 1.69% masing-masing bagi
tempoh yang sama. Dana-dana pasaran wang memberi satu opsyen kepada pelaburpelabur
yang bersifat konservatif serta ingin melabur wang mereka pada jangka
pendek sebelum melabur atau menukar kepada dana-dana ekuiti, seimbang atau
bon. Public Dana Islamic Money Market dan PB Dana Cash Management adalah
terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Kesemua dana tersebut diedarkan oleh cawangan-cawangan Public Bank di seluruh
negara kecuali Public Dana Far-East Consumer Themes dan Public Dana Islamic
Money Market yang diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public
Mutual.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia
dengan menguruskan sebanyak 78 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih
2,320,000 pemegang akaun dan pada 31 Mei 2010, jumlah nilai aset bersih dana
yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM35.9 bilion.

Nota : PB series under Public Bank

Bagi Public Mutual ada 2 Dana iaitu :

Public Dana Far-East Consumer Themes   3.50 sen seunit
Public Dana Islamic Money Market   2.00 sen seunit

0 comments:

Post a Comment

 

testing blog Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template