Assalamualaikum & Salam hormat kepada pengunjung BW...
Artikel BW kali ni maybe agak "panas" dan mungkin mendapat tentangan sesetengah pihak...namun di sebabkan begitu banyak persoalan dan pertanyaan dari client-client serta prospek- prospek BW dan kerap mereka membuat perbandingan, maka BW terpanggil untuk memberi penerangan dan pendapat peribadi dan bukan menentang mana-mana pihak....sehubungan itu BW tidak akan menyebut nama unit amanah yang terlibat, BW memohon penilaian sendiri dari pembaca.
Seperti yang sedia kita maklum, siapalah BW yang nak mengHARAM atau mengHALALkan sesuatu hukum pelaburan tersebut, ianya adalah kerja pihak berwajib, namun atas kapasiti sebagai seorang ISLAM dan sebagai Perunding Unit Amanah Islamik, adalah menjadi fardhu bagi BW mencari yang HALAL.
Dalam Hadis Rasulullah SAW juga menegaskan:
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).
Antara persoalan yang paling kerap di kemukakan :
"Bagaimana boleh terjadinya haram sesuatu pelaburan tersebut....? dan apa bezanya dengan Unit Amanah Islamik Public Mutual?"
Bagi menjawab persoalan ini, ada beberapa faktor boleh di ambil kira (setelah membuat rujukan dari beberapa ustaz dan laman web uzar) iaitu :
1- Modal yang di jamin tidak hilang :
Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;
Kaedah Fiqh yang diambil dari Hadith menyebut : Al-Gunm Bi al-Gurmu (profit is by taking risk) Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko".
Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini (jaminan modal oleh si pengusaha atau jaminan untung atau kedua-daunya sekali) adalah sebenarnya pinjaman dengan riba (dalam bentuk untung dan modal yang dijamin, ia adalah sama dengan orang memberi pinjam duitnya kepada individu B, pada tempoh tertentu, modal mesti terjamin, untung juga terjamin).
Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram secara sepakat.
Tetapi Islam, menghalalkan jaminan modal yang datang dari pihak ketiga dan bukannya oleh si pengurus dana pelaburan itu. Kredit kepada uzar
2- Dana yang di kumpul di laburkan secara bercampur di dalam industri halal & haram
Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33% industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.
Jikalau di ambil kira...ada unit amanah yang melaburkan dana tersebut lebih dari 33% bahkan hampir mencecah 40% di dalam kaunter-kaunter atau industri-industri pelaburan yang jelas haram...
Bila ada lebih kurang 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi S.A.W bersabda :-
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)
Untuk melihat jadual unit amanah atau senarai pelaburan yang patuh syariah dan di pantau oleh panel syariah yang berwibawa, BW serta kan link suruhanjaya sekuriti ini dan anda boleh lihat sendiri....sekiranya pelaburan anda sekarang tidak tersenarai di dalam list tersebut, maka faham-faham saje lah.... ( Senarai Dana Islamik = Patuh Syariah )
3- Pinjaman secara konvensional untuk membeli unit amanah
Ada dua cara pinjaman tersebut di lakukan
1.1 Dengan memohon sendiri melalui mana-mana perbankan konvensional
1.2 Dengan memohon melalui bank panel yang di lantik untuk unit amanah tersebut (setakat ini ada 3 bank yang menyediakan khidmat sedemikian)
Sekiranya pelabur membuat pinjaman seperti ini, awal-awal lagi jelas dah haram kerana pinjaman secara konvensional jelas RIBA
قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ
Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sahih )
Namun akhir-akhir ini ada juga yang menyediakan pinjaman secara islamik tapi tetap di laburkan di dalam dana yang tidak patuh syariah....bagi saya hasilnya tetap sama
Bezanya pula di dalam Unit Amanah Islamik Public Mutual
1- Modal tidak di jamin
Bersesuaian dengan konsep pelaburan islamik iaitu "Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin"
Dan sebagai Perunding Unit Amanah juga, saya kerap di ingatkan oleh Public Mutual supaya menceritakan juga risiko pelaburan dan bukan sekadar menceritakan keuntungan semata-mata
2- Dana yang di kumpulkan di laburkan berasingan antara halal & haram
Di dalam public mutual ada 2 pengurus dana yang berasingan bagi dana syariah dan konvensional. Selain itu setiap dana islamik public mutual telah di pantau oleh panel syariah suruhanjaya sekuriti (rujuk link ini) dan di iktiraf oleh IBFIM (institut kewangan & perbankan islam)
Kesimpulannya, kita ada banyak alternatif pelaburan islam lain, kenapa mesti kita pilih yang was-was, ragu-ragu kalau-kalau anda kata tidak haram sekali pun...?
Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati
Sekali lagi ingin BW maklumkan bahawa artikel ini tidak lah berniat untuk mencari publisiti, mengutuk atau menyakiti hati mana- mana pihak.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang baik itu dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam





3 comments:
Sekiranya pengunjung BW ingin memberikan komen...sila pastikan komen tersebut berhemah dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak ;)
wah gam PM ke nie?? saya pun agent gak..tapi dah frozen... jarang nak bua sales nie.. apepun sebelum melabur kita memang kena pastikan ia betul2 shahih , tanpa was2.. tanya kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang ini...
selamat datang ke blog zikr, saya bukan GAM, hehehe....pangkat rendah jer... ;)
yup, seperti kata saya seblm nih, mencari yang halal itu fardhu (wajib) bagi setiap muslim... jgn tutup sebelah mata buat2 tak nampak yg haram semata2 nak untung....huhu
sekarang dah byk panel syriah dan pakar kewangan islam....boleh rujuk dimana2 pon...
Post a Comment