Sunday, August 8, 2010

Public Mutual Umumkan Pengagihan Berjumlah Lebih RM 184 Juta Kepada Para Pelaburnya

Share

 Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM 184 juta untuk lapan daripada dana-dananya. Syarikat itu juga mengumumkan pecahan unit untuk dua daripada dana tersebut. Pengagihan kasar dan pecahan unit yang diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2010:


Berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 26 Julai 2010, Public Dana Growth dan Public Dana Islamic Opportunities telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 18.10% dan 28.35% masing-masing bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Islamic Opportunities merupakan sebuah dana ekuiti Islam bermodal kecil yang memenangi anugerah, iaitu Anugerah Dana Islam Failaka 2009 bagi Dana Malaysia Terbaik, kategori 3 tahun.

Sementara itu, Public Dana Islamic Select Enterprises yang terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 13.57% bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Far-East Property & Resorts yang berfokus pelaburannya pada saham-saham hartanah, hotel dan tempat peranginan, serta amanah pelaburan hartanah (REITs) telah mengenerasikan pulangan satu tahun sebanyak 6.72%, satu prestasi yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya pada 1.38% bagi tempoh berakhir yang sama.

Bagi dana-dana bon pula, Public Dana Bond, Public Dana Islamic Select Bond dan Public Dana Islamic Income mencatatkan pulangan satu tahun sebanyak 7.67%, 6.18% dan 4.90% masing-masing bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Bond juga merupakan sebuah dana yang memenangi banyak anugerah, iaitu sebanyak 24 anugerah sehingga kini, sementara Public Dana Islamic Income pula adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.


PBB Dana MTN 1 merupakan sebuah dana borong bon tertutup. Dana tersebut yang dilancarkan pada bulan November tahun lepas bertujuan untuk memberi aliran pulangan pendapatan yang stabil dengan melabur dalam MTN subordinat yang diterbitkan oleh Public Bank Berhad.

Kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PBB Dana MTN 1 yang diedarkan melalui cawangancawangan Public Bank di seluruh negara.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 78 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 30 Jun 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM36.5 bilion.
 B.W :- Jangan bertangguh lagi untuk menyimpan dan melabur demi masa depan anda...




7 comments:

Baiz Wealth on August 8, 2010 at 10:55 PM said...

Jangan tunggu lagi utk menyimpan & melabur.....kita asik2 bagi alasan tapi orang lain dah lama buat simpanan masa depan ....last2 kita yg melangut2 & terkebil2 tgk org duit berkepuk2 ....ngeh ngeh

Anonymous said...

oo.. dh lame berminat ngan bende ni, nanti dh keje nk mlabur gak

Baiz Wealth on September 21, 2010 at 12:34 AM said...

Syabas dan Tahniah saya ucapkan kerana anda mempunyai kesedaran untuk merancang kewangan demi masa depan....sekiranya ada persoalan boleh bertanya kepada saya bila2 masa....tq

faiz said...

kawe brmnat! Kwe nk labur dlm jmlah ckit dlu..blo kijo nti bru t0pup lg..

Baiz Wealth on September 22, 2010 at 10:00 PM said...

No prob faiz...sikit atau banyak tak jadi masalah...nawaitu dan niat utk menyimpan tuh dah ada....lebih awal tahap kesedaran melabur & menyimpan lebih bagus ianya ;)

WaN on October 19, 2010 at 5:17 AM said...

camana nak melabur dalam PM dan dapatkan faciliti OD ...

masih tak arif dalam pelaburan ni.. takut melebur jer.. kat mana sy boleh rujuk terlebih dahulu untuk pastikan keputusan sy melabur dalam unit amanah ni tepat.. cam ASBOD

Baiz Wealth on October 19, 2010 at 7:57 PM said...

nih iwan kan? harap penerangan melalui phone semlm boleh memberikan sedikit pemahaman...untuk kepastian mengenai unit amanah nih, boleh rujuk di mana2 cawangan public mutual dan juga public bank utk kelebihan OD....tq

Post a Comment

 

testing blog Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template