Sunday, August 8, 2010

Public Mutual Umumkan Pengagihan Berjumlah Lebih RM 184 Juta Kepada Para Pelaburnya

Share 7 comments

 Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM 184 juta untuk lapan daripada dana-dananya. Syarikat itu juga mengumumkan pecahan unit untuk dua daripada dana tersebut. Pengagihan kasar dan pecahan unit yang diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2010:


Berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 26 Julai 2010, Public Dana Growth dan Public Dana Islamic Opportunities telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 18.10% dan 28.35% masing-masing bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Islamic Opportunities merupakan sebuah dana ekuiti Islam bermodal kecil yang memenangi anugerah, iaitu Anugerah Dana Islam Failaka 2009 bagi Dana Malaysia Terbaik, kategori 3 tahun.

Sementara itu, Public Dana Islamic Select Enterprises yang terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 13.57% bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Far-East Property & Resorts yang berfokus pelaburannya pada saham-saham hartanah, hotel dan tempat peranginan, serta amanah pelaburan hartanah (REITs) telah mengenerasikan pulangan satu tahun sebanyak 6.72%, satu prestasi yang lebih baik daripada prestasi tanda arasnya pada 1.38% bagi tempoh berakhir yang sama.

Bagi dana-dana bon pula, Public Dana Bond, Public Dana Islamic Select Bond dan Public Dana Islamic Income mencatatkan pulangan satu tahun sebanyak 7.67%, 6.18% dan 4.90% masing-masing bagi tempoh berakhir 16 Julai 2010. Public Dana Bond juga merupakan sebuah dana yang memenangi banyak anugerah, iaitu sebanyak 24 anugerah sehingga kini, sementara Public Dana Islamic Income pula adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.


PBB Dana MTN 1 merupakan sebuah dana borong bon tertutup. Dana tersebut yang dilancarkan pada bulan November tahun lepas bertujuan untuk memberi aliran pulangan pendapatan yang stabil dengan melabur dalam MTN subordinat yang diterbitkan oleh Public Bank Berhad.

Kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PBB Dana MTN 1 yang diedarkan melalui cawangancawangan Public Bank di seluruh negara.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 78 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 30 Jun 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM36.5 bilion.
 B.W :- Jangan bertangguh lagi untuk menyimpan dan melabur demi masa depan anda...




 

testing blog Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template