Friday, October 29, 2010

Pemurataan Kos Ringgit

Share 0 comments
Assalamualaikum & Salam hormat dari BW untuk semua pengunjung setia, silent reader dan follower BW...Alhamdulillah...sebelum bulan Oktober ini berlalu pergi...BW terfikir untuk berkongsi satu lagi maklumat kepada anda semua...kali ini...ia berkenaan kelebihan teknik Pemurataan Kos Ringgit ...semoga pembaca mendapat manfaat darinya & jangan lupa untuk hubungi BW sekiranya sudah bersedia untuk melabur :)


“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran saham.”
– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor”

Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit. Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan sejarah yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang dan melindung nilai kesan kemerosotan dan sedikit aliran menurun dalam jangka pendek.

Pemurataan Kos Ringgit merupakan satu teknik pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu (misalnya, unit amanah) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan harga unitnya. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk memindahkan RM500 hingga RM1,000 daripada gaji anda kepada dana unit amanah ataupun anda boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan matlamat masa depan anda.

Bagaimana Pemurataan Kos Ringgit Berfungsi

“Simpan sedikit simpan selalu – pemurataan kos ringgit berkesan jika anda terus menggunakannya.”
– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.

Untuk menjelaskan pemurataan kos ringgit secara mudah, katakan anda mahu menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung persaraan anda. Daripada melaburkan jumlah ini sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda mengambil keputusan untuk melaburkan sebanyak RM1,000 dalam dana unit amanah setiap bulan seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut:


Keputusan

Kos Purata Seunit RM0.1923
Harga Unit pada Disember RM0.2510
Nilai Pelaburan pada Disember RM15,664.48

Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari.

Strategi Pelaburan Jangka Panjang

“Disiplin adalah kunci kejayaan untuk pelabur jangka panjang. Dia tidak boleh jatuh ke dalam perangkap menguruskan pemegangannya berpandukan tajuk berita akhbar, petikan, ramalan tanpa menggunakan fikiran, gerak hati atau keputusan tempoh yang lepas.”
– Frank Armstrong, pengarang “The Informed Investor.”

Walau berapa pun jumlah wang yang dilaburkan, pemurataan kos ringgit adalah strategi jangka panjang. Meskipun pasaran kewangan cenderung untuk turun naik, namun ia selalunya bergerak dalam arah yang sama dalam tempoh masa yang agak panjang. Pasaran turun dan pasaran naik boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, bahkan adakalanya bertahun-tahun. Disebabkan arah aliran ini, pemurataan kos ringgit tidak akan cukup berkesan jika digunakan untuk jangka pendek sahaja.

Sebagai contohnya, pelabur mungkin memilih untuk membuat 10 pembelian dana unit amanah dalam sebulan. Walaupun kemungkinan besar harga belian unit tidak akan sama bagi setiap urus niaga dalam tempoh masa yang pendek itu, namun perbezaannya tidaklah besar.

Namun begitu, dalam tempoh kitaran pasaran yang lebih panjang, anda mungkin akan menempuh pasaran naik dan pasaran turun, dengan harga sekuriti tertentu mengalami perubahan yang besar. Pemurataan kos ringgit akan menolong memastikan kos purata seunit anda mewakili kedua-dua premium pasaran naik dan diskaun pasaran turun, berbanding dengan hanya premium yang biasanya dibayar oleh pelabur dalam pasaran naik.



Petua untuk Anda Bermula

“Mereka yang menyertai program pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang apabila mereka bersara daripada mereka yang tidak menyertainya langsung.”
- Penulis kewangan Australia, Noel Whittaker.

Banyak dana unit amanah membenarkan anda mula melabur dalam jumlah minimum dengan pilihan untuk membuat caruman lagi melalui potongan tetap daripada gaji atau akaun bank anda.
Jika anda berminat dengan pemurataan kos ringgit, berikut ialah beberapa petua untuk menolong anda menjadikan strategi ini bermanfaat kepada anda:

  • Bermula secepat mungkin. Semakin lama anda perlu mengharungi turun naik pasaran, semakin banyak peluang yang anda ada untuk membina akaun yang besar.
  • Terus menggunakannya. Pemurataan kos ringgit adalah strategi jangka panjang. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan dan disiplin untuk melabur secara berterusan dalam segala jenis pasaran, tanpa menghiraukan turun naik harga.
  • Ambil kesempatan ke atas potongan automatik. Caruman pelaburan secara potongan gaji atau potongan akaun bank anda merupakan kaedah yang mudah dan senang untuk melabur, dan boleh menolong anda menanamkan tabiat melabur secara tetap.
  • Bersedia menghadapi kerugian. Pemurataan kos ringgit tidak menjamin bahawa portfolio anda sentiasa untung sahaja dan tiada kerugian. Walaupun anda membayar kos purata yang lebih rendah daripada harga purata unit, anda masih boleh mengalami kerugian jika anda memilih masa yang tidak sesuai untuk keluar dari pasaran, terutamanya ketika harga rendah.

Membina kekayaan dengan melabur dalam unit amanah adalah lebih kepada soal kesabaran dan kegigihan daripada soal kemahiran pelaburan dan nasib. Keputusan besar yang mesti dibuat ialah sama ada anda sanggup melepaskan kepuasan serta-merta untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda. Jika anda sanggup, maka pemurataan kos ringgit boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk menolong anda mencapai matlamat anda itu.

Saturday, October 16, 2010

Jadi Tamak Ketika Orang Lain Takut

Share 1 comments
Salam hormat buat semua pengunjung BW, akhir-akhir ni, BW tidak berkesempatan sangat untuk menulis entri atau info-info mengenai Unit Amanah....namun sekejap tadi...semasa tengah belek-belek koleksi artikel lama di dalam PC...BW ternampak satu artikel ini yang BW rasa boleh di kongsi bersama pengunjung dan pembaca setia BW...Semoga ianya memberi manfaat ilmu InsyaAllah....


Be greedy when others are fearful, Be Fearful when others are greedy


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang artikel dari NYTimes yang bertajuk "Buy American. I am" . Walaupun keadaan pasaran sekarang turun dan tidak menentu, Buffet terus membeli saham disamping beliau memiliki bon kerajaan US. Malah beliau menggalakkan rakyat Amerika membeli saham ketika ini! Sejarah membuktikan bahawa kebanyakkan syarikat akan mencatatkan keuntungan yang signifikan dalam masa 5, 10 atau 20 tahun lagi.

Mengapa Buffet memberi cadangan tersebut? Baginya mudah saja. Dia mengikut prinsip membeli saham iaitu " Jadilah tamak ketika orang lain takut, dan jadilah takut ketika orang lain tamak ". Kesilapan yang selalu dilakukan oleh kebanyakkan pelabur ialah mereka panik ketika pasaran merudum dan terus menjual saham-saham mereka. Buffet menasihatkan supaya pelabur bersabar dan memberi fokus bahawa pelaburan tersebut adalah untuk jangkamasa panjang. Pasaran jangka masa pendek amat susah untuk dijangka.

" I can't predict the short-term movements of the stock market. I haven't the faintest idea as to whether stocks will be higher or lower a months or a years from now. What is likely, however, is that the market will move higher, perhaps substantially so, well before either sentiment or the economy turns up. So if you wait for the robins, spring will be over"

Apabila keadaan pasaran pulih, harga unit amanah dan saham akan mula meningkat. Jadi, jangan pula kita sesal kemudian ..fikirkan dari sekarang..5 atau 10 tahun dari sekarang anda mahu memilih "I'm glad I've invested" atau  "I regret I've not invested"

Pilihan di tangan anda!

Buffet berkata lagi:

" Equities will almost certainly outperform cash over the next decade, probably by a substantial degree. Those investors who cling now to cash are betting they can efficiently time their move away from it later. Put your mouth where your money was. Today my money and my mouth both say equities."
Jangan berlengah lagi untuk memulakan simpanan dan pelaburan demi masa depan anda, apa yang anda rancang hari ini InsyaAllah akan banyak membantu anda di masa hadapan....


Friday, October 1, 2010

Grand Biz Opportunity Preview With Public Mutual

Share 1 comments
Grand Biz Opportunity Preview 
Public Mutual Kota Bharu Kelantan
8 October 2010, Jumaat, Jam 3.00 PM


Bagi yang berminat untuk menjadi Perunding Unit Amanah / Unit Trust Consultant
Sila Hubungi Saya Dengan Segera, Ada 10 tiket jemputan dari saya dan ianya percuma tq ....


Abdul Rahman (012-6535635)
Public Mutual Unit Trust Consultant

Lain-lain Maklumat lanjut, anda boleg ke PAGE ini atau Hubungi saya terus di talian atau dengan mengajukan pertanyaan melalui Hubungi Admin BW...


 

testing blog Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template