Monday, May 31, 2010

Pengagihan Dana 31 May 2010

Share 0 comments
Berita Baik Untuk Para Pelabur Unit Trust Public Mutual

Bagi yang sempat melabur baru2 nih dalam dana ITTIKAL, 8 sen per unit for the Public Ittikal Fund, so rase nya yang sempat melabur baru2 ni dan boleh cover hampir 80% atau 100% dari caj pengurusan 5.5% tuh, so dlm sebulan jer dah nak balik modal....next year tunggu la profit la pulak, huhu...kalau yg invest 10k, keuntungan kasar nyer sekitar RM 800 lebih jom baca keratan akhbar yang mengembirakan semua nih







KUALA LUMPUR : PUBLIC BANK BHD's wholly owned subsidiary, Public Mutual, has declared gross distributions for 11 funds totaling over RM440 million for the financial year ended May 31, 2010.

In a statement Tuesday, June 1, Public Mutual said it declared 3 sen per unit for the Public Dividend Select Fund, 8 sen per unit for the Public Ittikal Fund and 1.25 sen per unit for the Public Islamic Select Treasures Fund.

It declared 1.75 sen per unit each for the Public Islamic Equity Fund, Public Far-East Select Fund and Public Regional Sector Fund, respectively, and 0.75 sen per unit for the Public Global Select Fund.

For the Public Balanced Fund, it declared 7 sen per unit, 4.5 sen per unit for the Public Select Bond Fund and 1.5 sen each for the Public China Titans Fund and PB Asean Dividend Fund, respectively.

Public Mutual chief executive officer Yeoh Kim Hong said Public Dividend Select Fund had generated a one-year return of 28.91% for the period ended May 14, 2010, according to The Edge-Lipper Fund Table dated May 24, 2010.

Meanwhile, Public Ittikal Fund and Public Islamic Equity Fund have generated one-year returns of 21.78% and 23.97% respectively for the same period.

Public Ittikal Fund, which was launched in 1997, have received a total of 20 awards in its category from The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards and The Star/Standard & Poor's Investment Fund Awards Malaysia.

Public Islamic Select Treasures Fund, which was launched in 2008, has generated a one-year return of 21.54%, she said, adding that this fund is open for the EPF Members Investment Scheme.

"As for our regional and global funds, Public Far-East Select Fund and Public Regional Sector Fund have generated one-year returns of 19.21% and 16.37% respectively for the same period.

"Both funds were ranked Top 2 out of 267 funds globally, under the Equity Asia Pacific 3-year returns as at December 31, 2009 by Lipper Global Classification," she said.

Meanwhile, Public Global Select Fund, Public China Titans Fund and PB ASEAN Dividend Fund have generated one-year returns of 14.22%, 6.17% and 39.23% respectively, said Yeoh.

At the same time, Public Balanced Fund, which was launched in 1995, recorded a one-year return of 19.72%, while its bond fund, Public Select Bond Fund recorded a one-year return of 5.87%.

Yeoh said all of the funds are distributed by Public Mutual unit trust consultants, with the exception of PB ASEAN Dividend Fund which is distributed via Public Bank branches nationwide.

Public Mutual is Malaysia's largest private unit trust company with 77 funds under management.

It has over 2,320,000 account holders and as at April 30, 2010, the total net asset value of the funds managed by the company was RM37 billion.

 

Ringkasan dari artikel di atas

Distribution Utk Dana - Dana Islamik

Public Ittikal Fund = 8 sen seunit
Public Islamic Select Treasures Fund = 1.25 sen seunit
Public Islamic Equity Fund = 1.75 sen seunit... See More

Bagi yang melabur bulan May lepas....bayangkan betapa untung nya anda ;)

Anyway...keuntungan setahun di catat oleh 3 Dana Islamik ini adalah seperti di bawah :

Public Ittikal : 21.78%
Public Islamic Select Treasures : 21.54%
Public Islamic Equity : 23.97%...

Saper kata tak untung melabur di dalam Unit Trust ? sapa kata unit trust unit cannot be trust? hehehe.....

Tuesday, May 25, 2010

Compound Interest?? Senjata Jutawan

Share 0 comments
Salam utk semua pelawat BW...lama tak posting artikel baru....
Ini adalah satu artikel tentang compound interest yang telah ditulis oleh Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi. Semoga ia dapat membuka minda anda tentang kuasa compound interest dan seterusnya dapat mempraktikkannya di dalam hidup anda.

Selamat membaca!


Compound Interest ? Senjata Jutawan

Oleh : Irfan Khairi
Sumber: Newsletter Jutawan Irfan Khairi

Sering saya ditanya ?Apakah rahsia untuk menjadi kaya??. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah, infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana di dalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya? tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran?

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let's face it, RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 !!! Dari mana datangnya lagi RM338,343 ??

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah "the greatest invention of all time".

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!
Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami, kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual Funds).


 Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!
Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.
Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun?

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 ? walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.




Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat ? walaupun dua kali ganda.
Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh? tapi Irfan, menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

BW : pas bace nih takmo melabur lagi tak tahu lah.....dah terang2 jutawan sendiri cerita kelebihan unit trust nih....hohohoho

Wednesday, May 19, 2010

Anda Kategori Pelabur Yang Mana?

Share 0 comments
Pelaburan didalam Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu bentuk pelaburan jangkamasa sederhana/panjang yang berstruktur.Ianya tidak akan terlepas dari risiko semasa bagi setiap jenis pelaburan, risiko turun naiknya harga semasa pasaran.

Tindakan yang kita lakukan untuk mengimbangi risiko semasa mungkin akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah. Terdapat 3 kategori pelabur tersebut ialah :-



1. Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut. Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian.

Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327.
Jumlah unit 40,000 unit.

Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000
Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,30
Rugi : RM10,000 - RM9,308 = (RM692)


2. Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun). Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit.

Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805.
Jumlah unit 40,000 unit,

Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000
Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung kasar : RM11,220 - RM10,000 = RM1,220 (12.2%)


3. Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan. Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu ?beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi?.

Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit.

Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.

Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000
Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400

Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350

Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
Untung : RM11,200 - RM9,400 = RM1,820 (18.2%)


Selamat Melabur !!!!

Tuesday, May 18, 2010

Jom Tengok Graf

Share 0 comments
Jom tgk Performance dua dana yang bakal di istihar dividen hujung mei nanti....sila semak graf di bawah...anda nampak graf tuh menurun ke menaik? untung ker atau rugi? ANDA TENTUKAN !!!


PITTIKAL = Total return 1 year from 18/5/09 to 17/5/10 = 20.23%

PIEF = Total return 1 year from 18/5/09 to 18/5/10 = 22.66% 
 
 Bagi yang nak tgk rating untuk kedua-dua dana ini....boleh lah rujuk di wall sebelah kanan ( Rating Dana Public Mutual) so...bagi yang nak melabur boleh lah hubungi saya sekarang...

Monday, May 17, 2010

Kelebihan Melabur Di Dalam Unit Amanah (Unit Trust)

Share 0 comments

Pengurusan Dana Profesional
Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.

Mempelbagai Peluang
Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.

Memudahkan Transaksi
Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.

Meminimakan Risiko
Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.

Kecairan
Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.

Potensi Pertumbuhan Modal
Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan dan sebagainya.

BaizWealth Berwajah Baru

Share 0 comments
ASSALAMUALAIKUM & SALAM HORMAT

Sekian lama saya tak update blog nih....akhirnya dapat juga saya siap2 kan basic2 thing about this blog....kepada pengunjung blog saya semua saya ucapkan selamat datang....anda boleh gunakan tool chat di sebelah utk apa2 pertanyaan mengenai pelaburan dan juga cadangan, atau boleh juga emailkan kepada saya dengan menggunakan link di atas (Hubungi Admin BW)

InsyaAllah...akan datang...lebih banyak artikel dan fungsi2 lain akan saya masukkan....cukup setakat ini dulu hari nih untuk sesi mengemaskini blog saya nih


Abdul Rahman (Admin BW)
Public Mutual Unit Trust Consultant
012-6535635

Apa Kepentingan UNIT TRUST kepada anda?

Share 0 comments
Sejak akhir akhir ini saya amat tertarik dengan Unit Trust dan cuba mendapatkan sebanyak maklumat mengenai Unit Trust atau Unit Amanah. Saya ingin berkongsi dan membuka minda orang orang melayu tentang kepentingan dan kebaikan Unit Trust ini untuk masa depan kita. Penerangan ini saya ambil dalam salah satu forum dan saya ingin mengucapkan terima kasih pada Encik Omar dengan penerangan yang begitu terperinci tentang apakah itu Unit Trust.

 

1. Dana/Wang Persaraan (Retirement Planning).. Jika anda memandang serius ke arah kewangan yg terancang dan sistematik,UNIT TRUST adalah pilihan yg tepat sebagai salah satu pelaburan untuk simpanan hari tua anda.Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini, adakah simpanan anda sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua anda?

a.-Inflasi-

Katakan kadar inflasi sekarang 4% setiap 5 tahun,dlm masa 15-20thn inflasi menjadi 12%.Adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi dlm masa 15-20 thn akan datang?Apa akan jadi kalau harga minyak dijangka naik dan terus naik?Fikirkanlah...

b.-Umur yang panjang-

Secara purata dgn kemudahan perubatan yg ada sekarang seseorang itu mampu untuk hidup selama 70 tahun ke atas.Untuk kehidupan yang selesa,setiap 5 tahun persaraan kita memerlukan sekurang-2nya RM80,000. 20 tahun bererti kita memerlukan RM320,000.00.Adakah kita perolehi simpanan sebanyak itu untuk bersara?

c.-Kos persaraan yang tinggi-

Secara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos seperti kos perubatan untuk mengubati penyakit hari tua kita, kos perbelanjaan harian/bulanan, kos yuran pembelajaran anak, kos tempat tinggal, kos perlancongan , ibadat haji, kos perjalanan dan sebagainya. Berdasarkan kos tersebut kita memerlukan sekurang-2nya 70% dari gaji bulanan untuk menampung setiap bulan. Adakah pencen anda mencukupi?

d.-Pengurusan sumber kewangan


 

1. Menurut laporan akhbar THE STAR 23/1/2002...Sejumlah 72% pencarum KWSP membelanjakan wang mereka dalam masa 3 tahun sahaja. Ini bererti wang caruman KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara. Maknanya anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara. Adakah ini dinamakan Persaraan? SUDAH BERSARA TETAPI MASIH BEKERJA.

2. Tabung Pendidikan Anak (Children Education Planning)

Salah satu tanggungjawab anda kepada anak ialah menyediakan pembelajaran untuk mereka. Demi masa depan anak-2 yang anda sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos terpaksa anda tanggung pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang. Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang!

3. Faedah Perubatan (Medical Benefit)

Jika anda tidak dilindungi insurans, maka anda terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit tidak terjangka, kritikal/kronik yang memerlukan pembedahan, kemalangan dan sebagainya. Apa tindakan anda seterusnya? Pinjaman dari bank dgn faedah yang tinggi?

4. Peluang Melancong (Travelling Expense)

Tempat-tempat yang menarik di Malaysia dan di dunia, sudah pasti menjadi idaman anda sebagai destinasi perlancongan. Bagaimana anda hendak mengecapi impian anda untuk melancong sekiranya struktur kewangan adalah terhad? Jadi usahakan wang anda supaya ia bekerja lebih untuk anda.

5. Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)

Jadikan pelaburan anda hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau membesarkan operasi kepada perniagaan sediada. Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.

6. Program Penahanan Pekerja (Employee Retention Program)

Majikan yang ingin kekalkan pekerja mereka yg berkualiti/mahir terus menyumbang produktiviti syarikat, program ini adalah sesuai dan direka khusus bagi menjamin kesetiaan pekerja kepada majikan.

Bagaimana UNIT TRUST berfungsi?Anda atau Pemegang Unit beserta pemegang unit lain melabur sejumlah wang tertentu didalam dana tertentu yg dikawalselia oleh pemegang amanah(trustee) seperti Amanah Raya Berhad dsb utk dilaburkan oleh pengurus dana (fund manager) ke pasaran ekuiti(KLCI), bond dan pasaran wang selaras dgn portfolio dana tertentu. Hasil keuntungan dari pelaburan setahun akan diisytiharkan bonus dan dividen dan ia diagihkan kepada anda serta pemegang unit yang lain. Berapa pulangan hasil pelaburan dari UNIT TRUST? Secara purata antara 8 hingga 15 peratus setahun. Pelaburan mesti berasaskan tempoh antara 3-5 tahun untuk menikmati hasil pulangan yang dinyatakan tersebut. Jika anda menyimpan dalam simpanan tetap(FD) dgn purata pulangan setahun 4%, anda terpaksa menunggu 18 tahun utk menggandakan simpanan anda.Bagaimana Cara Untuk Mengaut Keuntungan Dalam UNIT TRUST? Senang sahaja. Anda harus bersabar kerana pelaburan ini mengambil tempoh antara 3 hingga 5 thn.


Anda perlu patuhi 3 peraturan keemasan (3 golden rules)dibawah ini:-


1. Anda hendaklah kerap melakukan penambahan pelaburan kerana ini mengurangkan kos unit yang anda beli. Anda terapkan purata nilai ringgit (Dollar Cost Averaging) didalam pelaburan anda.
2. Sentiasa berhubung dgn konsultan untuk mengetahui status pelaburan anda. Sebaik-baiknya 3 bulan sekali.
3. Keluarkan semua pelaburan anda apabila anda sudah mencapai target (8-15%)setahun.
 

testing blog Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template