Friday, March 18, 2011

Memahami Unit Amanah Islam

Share 0 comments
Salam buat pengunjung BW...telah sekian lama BW tak jenguk blog ini dek kerana kesibukan dengan urusan di luar...kali ini BW terlintas untuk menceritakan mengenai unit amanah islam...artikel ini BW jumpa di dalam simpanan BW semasa kursus...maybe boleh di kongsikan di sini bersama pembaca semua..

Peningkatan kekayaan pelabur yang berminat untuk melabur dalam produk-produk kewangan Islam dan perkembangan produk-profuk Pasaran Modal Islam akan memperkukuhkan prospek pertumbuhan industri unit amanah Islam dalam jangka panjang. Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah Islam nyata semakin meningkat. Daripada hanya dua buah dana Islam pada tahun 1993, bilangan dana-dana Islam dalam industri unit amanah swasta di Malaysia telah bertambah kepada 146 buah pada hari ini. Setakat 30 Jun 2010, sektor dana Islam mempunyai nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM26.37 bilion, iaitu kira-kira 31 peratus daripada industri unit amanah swasta di Malaysia.

Ciri-ciri Unit Amanah Islam
Ciri utama yang membezakan pengurusan dana Islam daripada pelaburan konvensional ialah pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak Syariah. Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam bank-bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. Dana-dana Islam juga mesti menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian dan pornografi.

Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan Syariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk memastikan syarikat patuh Syariah menjanakan pendapatannya dengan sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan. Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat dalam pengumpilan melalui penggunaan instrumen kewangan Islam dan tidak boleh mendapatkan atau menyediakan pinjaman konvensional mahupun melabur dalam produk-produk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang konvensional. Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran wang.


Daya Tahan Dana Islam
Oleh yang demikian, dana Islam didapati lebih berdaya tahan daripada unit amanah konvensional kerana pulangannya lazimnya kurang meruap. Sementara itu, melabur menurut “etika” ini juga menawarkan kelebihan lain. Sebagai contohnya, dana Islam tidak begitu terjejas oleh skandal yang melanda syarikat-syarikat seperti Enron dan WorldCom beberapa tahun dahulu kerana kunci kira-kira syarikat tersebut yang amat berkeumpilan menghindari dana-dana Islam daripada melabur dalamnya. Tambahan pula, penyaring kuantitatif menambahkan lagi sifat berdaya tahan dana Islam kerana jika kadar faedah naik dalam suasana inflasi yang semakin meningkat, pelaburan dalam syarikat-syarikat yang tidak berkeumpilan dijangka akan mencatatkan prestasi yang cemerlang.

Penyucian Keuntungan
Ada masanya juga sekuriti patuh Syariah yang tertentu diklasifikasikan semula sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Ini mungkin disebabkan oleh syarikat menukar atau mengembangkan operasinya yang boleh menyebabkan aktiviti yang dilarang oleh undang-undang Syariah mencapai paras yang tidak dapat diterima. Sebagai contohnya, restoran atau hotel mungkin mengambil keputusan untuk mula menghidangkan arak atau daging khinzir di premis mereka. Dalam hal ini, Penasihat Syariah akan memerlukan sekuriti itu dilupuskan sekiranya nilai pasarannya melebihi kos pelaburan asal pada hari pengumuman.

Maka syarikat pengurusan dana perlu menyucikan atau membersihkan keuntungan yang dibuat oleh dana-dana Islam dengan mengenal pasti keuntungan yang dijana oleh aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan serta menyalurkan jumlah berkenaan kepada badan-badan amal yang diluluskan oleh Penasihat Syariah. Pelabur boleh mengetahui bagaimana pengurus-pengurus dana menyucikan perolehan daripada dana Islam mereka dalam prospektus masing-masing.

Majlis Penasihat Syariah
Bagi melindungi kepentingan pelabur, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah (SACSC) untuk mengawal selia dana-dana Islam di Malaysia. SACSC bertanggungjawab melayani pertanyaan dan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan bidang ini serta membuat pengumuman untuk menggalakkan inovasi dalam industri ini.
Selain itu, SC juga membenarkan pendaftaran penasihat tempatan dan asing bagi dana unit amanah dan sekuriti Islam demi memastikan pengurus-pengurus dana dapat memanfaatkan kepakaran Syariah mereka. Di samping memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi keperluan Syariah, penasihat Syariah juga berjumpa dengan pengurus dana sekali-sekala untuk menjawab pertanyaan dan memberikan nasihat.

Moga dengan sedikit info di atas...kita sama-sama mendapat manfaat dan sedikit pemahaman dari nya :)...Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan anda...wassalam

Sunday, December 19, 2010

EPF & Unit Amanah ???

Share 1 comments
Salam hormat buat semua, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tajuk artikel kali nih pelik sedikit, apakah maksud dan cerita yang ingin di sampaikan?? Sebenarnya terlalu banyak persoalan, ulasan, komen dan 1001 mengenai Pelaburan Unit Amanah melalui EPF.... BW tak pasti tajuk mana yang sesuai...hehehe

Para pembaca boleh fikir sendiri pro dan kontra pelaburan unit amanah melalui kwsp ini dengan sedikit penerangan di bawah, pertama sekali jom sama-sama kita tengok keratan akhbar utusan pada 19/10/2007 yang bertajuk :

Miskin selepas pencen -- Dengan purata caruman RM114,000 pesara belanja RM475 sebulan

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000. Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Klik untuk artikel penuh >>>

Pandangan saya ialah, kita patut sedar dari sekarang, adakah tabungan kita mencukupi pada tempoh persaraan nanti? adakah tabungan kita mampu mengatasi inflasi? sekiranya jawapannya TIDAK, maka rebutlah peluang sekiranya anda layak untuk melabur menggunakan EPF demi mengandakan tabungan persaraan anda. Untuk pengetahuan pembaca semua, skim pelaburan unit amanah menggunakan simpanan kwsp telah lama diperkenalkan iaitu semenjak tahun 1996 lagi dan ramai yang mendapat manfaat darinya..

Adakah anda mahu jadi seperti di dalam kenyataan dibawah :

Berikutan kesedaran tinggi ahli mengenai ketidakcukupan pendapatan persaraan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam laporan prestasi suku tahun kedua 2010 (S2 2010) mencatatkan lebih ramai ahli memilih untuk tidak mengeluarkan semua wang simpanan mereka sekaligus sebaliknya memilih bayaran ansuran apabila mencapai umur 55 tahun.......

“Peningkatan Pengeluaran Fleksibel 55 Tahun ini disebabkan kesedaran ahli yang lebih tinggi mengenai kesan ke atas persaraan jika tidak mempunyai kewangan yang mencukupi sepertimana pengeluaran sekaligus yang boleh mengakibatkan simpanan dihabiskan dalam tempoh yang singkat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol. Klik untuk artikel penuh >>>>

Kedua, kita tengok sedikit perbandingan pulangan, BW mengambil contoh pulangan bagi dana PIEF (Public Islamic Equity Fund) dan EPF dari tahun 2004 sehingga terkini.
Klik untuk gambar lebih jelas
Sila lihat pada bahagian pulangan pengagihan (PIEF) & kadar dividen KWSP dan lihat juga di bawah jadual dividen tahunan kwsp


Ini menunjukkan bahawa pulangan hasil pelaburan dari unit amanah tidak kurang hebatnya, sumber-sumber ini bukan rekaan dan ianya fakta yang betul. Sekiranya pelaburan unit amanah memberikan risiko kerugian yang tinggi kepada pelabur atau sentiasa kerugian, masakan kerajaan menggalakkannya?

Ketiga, kemungkinan kwsp akan mengurangkan kadar dividen tahun hadapan juga ada, seperti yang dapat kita lihat di sini :

Klik untuk gambar lebih jelas

Kesimpulan yang dapat BW lihat ialah kita perlu merebut dan mengambil peluang pelaburan unit amanah melalui kwsp sebagai pelaburan tambahan atau sebagai dana persaraan kedua selepas kwsp sendiri, bahkan semakin ramai juga yang sedar akan kebaikkan pelaburan ini :


Pengeluaran Pelaburan KWSP Catat Pertumbuhan Ketara Pada S1 2010 
Peningkatan Didorong Oleh Pemulihan Ekonomi

Prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada suku tahun pertama 2010 telah mendorong ramai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan persaraan mereka bagi dilaburkan  dalam saham amanah.

Amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli pada suku pertama 2010 (S1 2010) meningkat 43.26 peratus kepada RM911.15 juta (S4 2009: RM896.66 juta) berbanding RM636.01 juta yang dikeluarkan pada suku tahun yang sama pada 2009. Jumlah permohonan yang diluluskan di bawah pengeluaran ini meningkat kepada 113,809 (S4 2009: 114,375) daripada 87,420 dalam tempoh yang sama tahun lalu.  Klik untuk artikel penuh >>>>

Ayuh, jangan tunggu lagi, mulakan langkah pertama hari ini...

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Share 0 comments

Kepada semua rakan, peminat, pembaca blog BW..saya mengambil kesempatan ini bagi untuk mendoakan anda semua semoga sentiasa berada di bawah rahmah Allah, diberkati Allah serta selamat di dunia & akhirat ...InsyaAllah...Amin

EID ADHA MUBARAK  !!!!


Sunday, November 7, 2010

Public Mutual Umumkan Pengagihan Pendapatan Berjumlah Lebih RM236 Juta Untuk 9 Dana

Share 0 comments
Salam hormat buat semua pembaca, BW terlepas pandang satu artikelpenting pada 31 Oktober baru-baru ni, mungkin kerana agak kesibukan jadi BW tak perasan artikel yang di terima dari syarikat masuk ke dalam email....artikel yang BW maksudkan adalah pengagihan pendapatan bagi 9 dana..so hari ni, BW tempelkan di sini untuk tatapan dan bagi membakar semangat pembaca untuk terus menyimpan dan melabur...jangan lupa yang anda boleh klik like, share dan maklumkan kepada sesiapa sahaja ye...Terima Kasih


Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk sembilan daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar dan pecahan unit yang diumumkan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2010 adalah seperti berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata dana-dana ini telah mencapai prestasi yang baik dan menghasilkan pulangan satu tahun yang menarik bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.
Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 18 Oktober 2010, Public Dana Industry, Public Dana Equity, Public Dana South-East Asia Select dan Public Dana Sector Select telah menghasilkan pulangan dua digit bagi tempoh satu tahun iaitu 12.67%, 20.06%, 21.97% dan 31.34% masing-masing bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.
 
Pada masa yang sama, Public Dana Asia Ittikal dan Public Dana Islamic Asia Balanced telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 4.51% dan 3.30% masing-masing bagi tempoh yang sama. Sementara itu, PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 9.89% dan 6.32% masing-masing bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.
 
Public Dana Islamic Bond yang merupakan sebuah dana yang telah memenangi banyak anugerah, telah menghasilkan pulangan satu tahun yang baik, iaitu sebanyak 7.59% bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010. Dana ini telah memenangi sebanyak 16 anugerah dana dalam kategorinya daripada Anugerah Dana Islam Failaka (Dubai), Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper, Anugerah Dana Morningstar (Malaysia) dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s.
 
Kesemua dana-dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual kecuali PB Dana Australia Dynamic Balanced dan PB Dana Asia Real Estate Income yang diedarkan melalui cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara. Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 80 dana. Public Mutual mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 30 September 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM39.3 bilion.

BW : Makin hari jumlah pemegang akaun semakin bertambah dan para pembaca BW...anda bila lagi?


Friday, October 29, 2010

Pemurataan Kos Ringgit

Share 0 comments
Assalamualaikum & Salam hormat dari BW untuk semua pengunjung setia, silent reader dan follower BW...Alhamdulillah...sebelum bulan Oktober ini berlalu pergi...BW terfikir untuk berkongsi satu lagi maklumat kepada anda semua...kali ini...ia berkenaan kelebihan teknik Pemurataan Kos Ringgit ...semoga pembaca mendapat manfaat darinya & jangan lupa untuk hubungi BW sekiranya sudah bersedia untuk melabur :)


“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran saham.”
– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor”

Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit. Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan sejarah yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang dan melindung nilai kesan kemerosotan dan sedikit aliran menurun dalam jangka pendek.

Pemurataan Kos Ringgit merupakan satu teknik pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu (misalnya, unit amanah) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan harga unitnya. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk memindahkan RM500 hingga RM1,000 daripada gaji anda kepada dana unit amanah ataupun anda boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan matlamat masa depan anda.

Bagaimana Pemurataan Kos Ringgit Berfungsi

“Simpan sedikit simpan selalu – pemurataan kos ringgit berkesan jika anda terus menggunakannya.”
– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.

Untuk menjelaskan pemurataan kos ringgit secara mudah, katakan anda mahu menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung persaraan anda. Daripada melaburkan jumlah ini sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda mengambil keputusan untuk melaburkan sebanyak RM1,000 dalam dana unit amanah setiap bulan seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut:


Keputusan

Kos Purata Seunit RM0.1923
Harga Unit pada Disember RM0.2510
Nilai Pelaburan pada Disember RM15,664.48

Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari.

Strategi Pelaburan Jangka Panjang

“Disiplin adalah kunci kejayaan untuk pelabur jangka panjang. Dia tidak boleh jatuh ke dalam perangkap menguruskan pemegangannya berpandukan tajuk berita akhbar, petikan, ramalan tanpa menggunakan fikiran, gerak hati atau keputusan tempoh yang lepas.”
– Frank Armstrong, pengarang “The Informed Investor.”

Walau berapa pun jumlah wang yang dilaburkan, pemurataan kos ringgit adalah strategi jangka panjang. Meskipun pasaran kewangan cenderung untuk turun naik, namun ia selalunya bergerak dalam arah yang sama dalam tempoh masa yang agak panjang. Pasaran turun dan pasaran naik boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, bahkan adakalanya bertahun-tahun. Disebabkan arah aliran ini, pemurataan kos ringgit tidak akan cukup berkesan jika digunakan untuk jangka pendek sahaja.

Sebagai contohnya, pelabur mungkin memilih untuk membuat 10 pembelian dana unit amanah dalam sebulan. Walaupun kemungkinan besar harga belian unit tidak akan sama bagi setiap urus niaga dalam tempoh masa yang pendek itu, namun perbezaannya tidaklah besar.

Namun begitu, dalam tempoh kitaran pasaran yang lebih panjang, anda mungkin akan menempuh pasaran naik dan pasaran turun, dengan harga sekuriti tertentu mengalami perubahan yang besar. Pemurataan kos ringgit akan menolong memastikan kos purata seunit anda mewakili kedua-dua premium pasaran naik dan diskaun pasaran turun, berbanding dengan hanya premium yang biasanya dibayar oleh pelabur dalam pasaran naik.



Petua untuk Anda Bermula

“Mereka yang menyertai program pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang apabila mereka bersara daripada mereka yang tidak menyertainya langsung.”
- Penulis kewangan Australia, Noel Whittaker.

Banyak dana unit amanah membenarkan anda mula melabur dalam jumlah minimum dengan pilihan untuk membuat caruman lagi melalui potongan tetap daripada gaji atau akaun bank anda.
Jika anda berminat dengan pemurataan kos ringgit, berikut ialah beberapa petua untuk menolong anda menjadikan strategi ini bermanfaat kepada anda:

  • Bermula secepat mungkin. Semakin lama anda perlu mengharungi turun naik pasaran, semakin banyak peluang yang anda ada untuk membina akaun yang besar.
  • Terus menggunakannya. Pemurataan kos ringgit adalah strategi jangka panjang. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan dan disiplin untuk melabur secara berterusan dalam segala jenis pasaran, tanpa menghiraukan turun naik harga.
  • Ambil kesempatan ke atas potongan automatik. Caruman pelaburan secara potongan gaji atau potongan akaun bank anda merupakan kaedah yang mudah dan senang untuk melabur, dan boleh menolong anda menanamkan tabiat melabur secara tetap.
  • Bersedia menghadapi kerugian. Pemurataan kos ringgit tidak menjamin bahawa portfolio anda sentiasa untung sahaja dan tiada kerugian. Walaupun anda membayar kos purata yang lebih rendah daripada harga purata unit, anda masih boleh mengalami kerugian jika anda memilih masa yang tidak sesuai untuk keluar dari pasaran, terutamanya ketika harga rendah.

Membina kekayaan dengan melabur dalam unit amanah adalah lebih kepada soal kesabaran dan kegigihan daripada soal kemahiran pelaburan dan nasib. Keputusan besar yang mesti dibuat ialah sama ada anda sanggup melepaskan kepuasan serta-merta untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda. Jika anda sanggup, maka pemurataan kos ringgit boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk menolong anda mencapai matlamat anda itu.

Saturday, October 16, 2010

Jadi Tamak Ketika Orang Lain Takut

Share 1 comments
Salam hormat buat semua pengunjung BW, akhir-akhir ni, BW tidak berkesempatan sangat untuk menulis entri atau info-info mengenai Unit Amanah....namun sekejap tadi...semasa tengah belek-belek koleksi artikel lama di dalam PC...BW ternampak satu artikel ini yang BW rasa boleh di kongsi bersama pengunjung dan pembaca setia BW...Semoga ianya memberi manfaat ilmu InsyaAllah....


Be greedy when others are fearful, Be Fearful when others are greedy


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang artikel dari NYTimes yang bertajuk "Buy American. I am" . Walaupun keadaan pasaran sekarang turun dan tidak menentu, Buffet terus membeli saham disamping beliau memiliki bon kerajaan US. Malah beliau menggalakkan rakyat Amerika membeli saham ketika ini! Sejarah membuktikan bahawa kebanyakkan syarikat akan mencatatkan keuntungan yang signifikan dalam masa 5, 10 atau 20 tahun lagi.

Mengapa Buffet memberi cadangan tersebut? Baginya mudah saja. Dia mengikut prinsip membeli saham iaitu " Jadilah tamak ketika orang lain takut, dan jadilah takut ketika orang lain tamak ". Kesilapan yang selalu dilakukan oleh kebanyakkan pelabur ialah mereka panik ketika pasaran merudum dan terus menjual saham-saham mereka. Buffet menasihatkan supaya pelabur bersabar dan memberi fokus bahawa pelaburan tersebut adalah untuk jangkamasa panjang. Pasaran jangka masa pendek amat susah untuk dijangka.

" I can't predict the short-term movements of the stock market. I haven't the faintest idea as to whether stocks will be higher or lower a months or a years from now. What is likely, however, is that the market will move higher, perhaps substantially so, well before either sentiment or the economy turns up. So if you wait for the robins, spring will be over"

Apabila keadaan pasaran pulih, harga unit amanah dan saham akan mula meningkat. Jadi, jangan pula kita sesal kemudian ..fikirkan dari sekarang..5 atau 10 tahun dari sekarang anda mahu memilih "I'm glad I've invested" atau  "I regret I've not invested"

Pilihan di tangan anda!

Buffet berkata lagi:

" Equities will almost certainly outperform cash over the next decade, probably by a substantial degree. Those investors who cling now to cash are betting they can efficiently time their move away from it later. Put your mouth where your money was. Today my money and my mouth both say equities."
Jangan berlengah lagi untuk memulakan simpanan dan pelaburan demi masa depan anda, apa yang anda rancang hari ini InsyaAllah akan banyak membantu anda di masa hadapan....


Friday, October 1, 2010

Grand Biz Opportunity Preview With Public Mutual

Share 1 comments
Grand Biz Opportunity Preview 
Public Mutual Kota Bharu Kelantan
8 October 2010, Jumaat, Jam 3.00 PM


Bagi yang berminat untuk menjadi Perunding Unit Amanah / Unit Trust Consultant
Sila Hubungi Saya Dengan Segera, Ada 10 tiket jemputan dari saya dan ianya percuma tq ....


Abdul Rahman (012-6535635)
Public Mutual Unit Trust Consultant

Lain-lain Maklumat lanjut, anda boleg ke PAGE ini atau Hubungi saya terus di talian atau dengan mengajukan pertanyaan melalui Hubungi Admin BW...


 

testing blog Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template